Friday, January 9, 2009

Aku bergelar seorang pelajar SMKTD

Aku seorang pelajar tingkatan 5Perdagangan2 yang mengambil aliran
ekonomi pada tahun lepas iaitu tahun 2008. Aku seorang pelajar akan akan bakal
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dimana, inilah
peperiksaan yang terakhir buat diriku sewaktu di sekolah menengah
untuk menentukan masa depan aku sama ada cerah ataupun sebaliknya.

Disinilah bermulanya alam persekolahan menengah ku bermula di
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa (SMKTD) daripada aku di tingkatan1
sehinggalah aku tamat musim persekolahan di tingkatan5. Disini lah
bermulanya aku menimba ilmu daripada cikgu yang berpengalaman
dan sanggup menyampaikan ilmu mereka walaupun aku seorang pelajar
yang lambat untuk berfikir. Dan disinilah jua lah aku menamat kan
sesi alam persekolahan aku yang meninggalkan 1001 kenangan pahit manis
sewaktu aku bergelar pelajar SMKTD.

Semasa aku melanjutkan pelajaran aku di sekolah ini, aku telah
mengenali ramai kawan yang pelbagai bangsa dan agama, terutama sekali
kawan seagama ku iaitu 'Islam'. Disinilah tempat aku berkongsi
ilmu pengetahuan dan saling bersaingan untuk memperoleh
keputusan yang cemerlang untuk memastikan kehidupan masa depanku
lebih terjamin. Namun, semasa aku berada di sekolah ini,
pelbagai kenangan pahit manis yang ku lalui bersama
sahabat karibku dan kini mempunyai semangat untuk mengejar cita-cita
masing-masing.

Aku dan sahabat yang lain tidak pernah putus asa untuk berusaha
untuk mencapai apa yang kami impikan pada masa hadapan agar
memperoleh kebahagian di dunia mahupun di akhirat sehingga
kami berpisah antara satu sama lain untuk melanjutkan pelajaran
ke tempat yang lebih menawarkan peluang yang lebih cerah.

Sewaktu aku berada di tingkatan1, aku seorang pelajar junior dan yang
paling muda di kalangan tingkatan yang lain. Pada mula nya aku tidak
dapat menyesuaikan diri kerna aku tidak mempunyai seorang kawan yang ku kenali
dan aku sentiasa bergerak di kawasan sekolah keseorangan. Pada mulanya
aku tidak dapat menyesuaikan diri kerna keadaan dan suasana di sekolah
menengah kerna disini pelbagai kaum dan agama berkumpul di satu tempat
dan saling mengenali antara satu sama lain. Oleh itu, hari demi hari, aku
dapat menyesuiakan diri dan dapat berkenalan dengan teman ku dan kini
menjadi sahabat karib dunia akhirat ku iaitu Rauf, Afiq, Adi, Kamil, Hasep,
Qushairi, Haikal, Amar dan Ikhwan. Merekalah yang memeriah kan lagi
suasana alam persekolahan ku, tanpa meraka kemungkinan agak 'kebohsanan'
kerna tanpa sahabat hidup kita sunyi tanpa lahirnya siratulrahim.

Hari semakin berlalu dan kami sering bersama dan merancang untuk
belajar dengan bersungguh-sungguh sampai mencapai apa yang kami
impikan selama ini tanpa rasa kesal ataupun penat lelah untuk
mendapatkan apa yang kami ingin kan. Namun, kami juga sering
belajar bersama-sama dan saling membantu antara satu sama lain
sekiranya antara kami tidak mengetahui apakah yang mereka tidak
dapat memahami dengan lebih mendalam.

Namun, sekiranya salah seorang daripada kami mendapat keputusan yang
kurang cemerlang, kami sering membantu untuk meningkatkan prestasi
sahabat kami agar kami semua bersama-sama memperoleh keputusan
yang cemerlang untuk mencapai ke menara gading. Inilah yang mesti
wujud antara umat islam kerna tanpa siratulrahim hati seseorang
akan mati dan tidak ada mengambil peduli tentang kita apakah
yang kita telah alami selama 5tahun pabila berada di alam
persekolahan yang menentukan di manakah masa depan kita.

Tahun demi tahun berlalu pula, aku dan sahabat yang lain
akan berhadapan dengan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)
pada tahun 2006 yang menentukan aliran masing-masing. Di dalam
tahun ini juga lah yang membuat kan diriku benci pada pelajaran
kerna dengan PMR ini juga akan memisahkan kami semua sekiranya
antara kami memperoleh keputusan yang cemerlang. Namun, itu tidak
menjadi penhalang bagi aku dan sahabat yang lain untuk meneruskan
usaha masing-masing untuk melanjutkan pelajaran ke tempat yang lebih cerah.

..

Berakhirlah perjuangan kami dengan berhadapan peperiksaan PMR
pada tahun 2006, selepas itu keputusan akan di keluarkan
pada hujung bulan 12, aku dan sahabat yang lain pulang kembali
ke sekolah untuk mengambil keputusan masing-masing dan
kami berpisah sementara waktu untuk pergi ke kelas masing-masing
mengambil slip, selepas itu aku lah pelajar yang terakhir mengambil
slip PMR kerna aku takut dengan keadaan aku semasa di tingkatan3
aku tidak pernah tahu erti ' ketekunan' dalam pelajaran
sehingga sahabat ku mengambil slip, mereka mendapat keputusan yang
cemerlang. Yang membuat kan diri ku rasa sedih dan marah, kerna
seorang sahabat aku mendapat keputasan cemerlang dan mendapat
7A dalam PMR iaitu Afiq, selepasa sahaja dia mengambil slip
dan 'terkejut' dengan keputusan yang dia perolehi, dia terus
melompat riang sehinggakan sikunya itu 'terhentak di kepala otakku',
dengan rasa marah, aku melahirkan sifat sabar dalam diriku
kerna sahabat aku mendapat keputusan cemerlang sehingga
menyiku sahabat baiknya iaitu 'aku'.

Tetapi sahabat ku yang lain juga turut mendapat keputusan cemerlang
dalam PMR, namun aku seorang sahaja yang mendapat keputusan
yang agak kurang bernasib baik sehinggalah aku merasakan
diriku dalam kalangan sahabat aku seorang pelajar
'low class'. Namun itu tidak menghalang aku seorang pelajar
untuk terus bekerja keras untuk berusaha agar mendapat keputusan
yang lebih cemerlang pada masa akan datang.

Sahabat aku yang lain telah merancang selepas memperoleh
keputusan PMR yang cemerlang akan melanjutkan pelajaran
ke MRSM dan TEKNIK, kini aku tinggal keseorang bersama 2sahabatku
iaitu Kamil dan Hasep. Kami bertiga sering 'memonteng' waktu
persekolahan kerna ingin melepaskan geram dan masalah yang
kami hadapi iaitu tidak suka pada cikgu sewaktu kami di tingkatan4
pada tahun 2007. Kami bertiga juga sering melepaskan tanggungjawab
kami seorang pelajar, tidak menyiapkan kerja sekolah yang diberikan
oleh cikgu-cikgu kerna pada tahun kami di tingkatan4 kami
menjadi pelajar yang paling 'malas' dan sering melawan 'manje'
kata-kata cikgu. Dan kami bertiga merasakan kami bertiga
tidak patut bergelar pelajar kerna tidak tahu menghargai
ilmu yang diturunkan oleh cikgu kami.

Namun begitu, pada tahun 2008, aku dan sahabat yang lain
akan berhadapan dengan peperiksaan yang terakhir dalam
kehidupan kami bersama iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
iaitu satu satu yang peperiksaan yang akan menentukan masa depan
kami cerah atau pun sebaliknya. Pada tahun yang aku akan
mengambil peperiksaan SPM ini juga, telah mengubah Aku Kamil dan Hasep
berubah sama sekali selepas kami berkenalan dengan seorang cikgu
yang cukup rapat dengan kami bertiga iaitu cikgu yang bernama
Ustaz Mubin yang mengajar kami mata pelajaran 'Agama Islam',
dia juga bukan sahaja cikgu kami malah kami merasakan dia juga
sahabat kami juga kerna dia sering meluangkan masa bersama kami
bertiga dengan menurunkan pelbagai ilmu pengetahuan yang terdapat
dalam 'Islam'. Dan kini dengan ilmu yang kami perolehi daripada
dia, kami sering mengamalakan untuk meneruskan kehidupan aku
dan sahabat yang lain yang bergelar 'seorang pelajar SMKTD'.

Ustaz Mubin juga sering menasihati kami bertiga agar menjadi
seorang muslim yang memperoleh kemenangan di dunia mahupun di akhirat
kerna kita sebagai seorang 'pengebara' sahaja yang singgah di dunia
mencari bekalan untuk pulang ke tempat asal kita iaitu di alam
akhirat kelak. Dengan mengenali cikgu kami iaitu Ustaz Mubin
pelbagai ilmu pengetahuan tentang 'Islam' yang dapat kami faham
dan mengetahui dengan lebih mendalam agar memperoleh kebahagian
hidup di dunia mahupun di akhirat. Kami sebagai seorang pelajar
senior yang bakal meninggalkan alam persekolahan pada tahun 2008,
akan belajar bersungguh-sungguh dengan iringan nasihat Ustaz Mubin
agar mudah mudahan dengan nasihat dan bimbingan yang Ustaz Mubin
curah kan dapat kami mengamalkan dari hari ke hari agar di permudahkan
urusan kami dan dapat meningkatkan keyakinan kami pada Pencipta, Allah s.w.t.

Hari demi hari telah berlalu yang akan aku dan sahabat lain
akan berhadapan peperiksaan yang akan tiba tidak lama lagi.
Aku dan sahabat lain telah melaksanakan persiapan menjelang
peperiksaan yang getir buat kami semua kerna tanpa
pelajaran hidup kita tidak bermakna kerna dengan adanya ilmu
dapat mengubah manusia daripada hina jadi 'mulia', dan dengan
adanya ilmu dapat mengubah manusia dari miskin jadi 'kaya',
seumpama mencapakkan seseorang yang berilmu ke dalam hutan, dan dapat
mengubah kawasan hutan yang tebal menjadi sebuah kampung yang
penuh dengan kelengkapan pabila seseorang itu menguasai ilmu
pengetahuan di dunia mahupun di akhirat.

..

Berakhirlah peperiksaan aku dan sahabat yang lain sebagai seorang
pelajar yang telah menamatkan alam persekolahan dan meninggalkan
cikgu-cikgu, rakan dan 1001 kenangan pahit manis semasa
kami bergelar 'seorang pelajar SMKTD'. Setelah berakhirnya
peperiksaan besar buat kami, kami kembali bertemu
kembali sekian lama berpisah kerna halangan besar iaitu
SPM yang memisahkan aku dan sahabat untuk belajar bersungguh-sungguh
dan berdikari mencari ilmu pengetahuan untuk memperoleh keputusan
yang cemerlang dalam SPM.

Inilah kisah hidupku yang bergelar 'Seorang pelajar SMKTD'
yang telah lama aku menuntut di sini, kini aku meninggalkan
1001 kenangan pahit manis masam. Dan aku juga ingin mengucapkan
pada cikgu-cikgu ku yang telah menurunkan ilmu pengetahuan
dan sering menasihati ku agar menjadi seorang pelajar yang
berilmu dan berguna pada masa akan datang.

Dan aku akhiri hidup ku dengan iringan doa..
Ya Allah, jadikan lah aku insan yang berilmu dan beramal soleh
Ya Allah, ENGKAU peliharalah siratulrahim kami sesama manusia
Ya Allah, ENGKAU bimbinglah kami ke jalan yang ENGKAU redhai
Ya Allah, ENGKAU jadikan seorang pelajar yang menghargai ilmu pengatahan

Wahai guru, ampunkan lah dosa kami sekiranya kami terlanjur kata ataupun
persengketaan agar mendapat keberkataan dari Allah daripada ilmu yang engkau
curahkan kepada kami. Terima Kasih Cikgu. Tanpa guru, siapalah kami.

Ameen Ya Robbal Alamin.

6 comments:

  1. ades.
    pnjg dol ko nye blog.
    mls aku nk baca habis.
    satu lg.
    cara jln cite ko ca blog aku ler.
    ehehe.
    hmmmmmm.
    satu lg...
    cite hidup ko ni xde unsur2 pengajaran ISLAM ler.
    perbaiki lg ek.
    hehe

    ReplyDelete
  2. siyes panjang...tp amin ya rabbal alamin,,

    ReplyDelete
  3. panjang tol...tp amin ya rabbal alamin...

    ReplyDelete
  4. eh adik, sejak bila start blogging? welcome welcome.. keep on writing!

    ReplyDelete
  5. oh ou~
    muge brjaye rsult nnty.:))

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum..gempak pnulisan anda~~~
    tahniah n alhamduillah...zafran, zafran..chaiyo! chaiyo!

    ReplyDelete