Thursday, January 1, 2009

Aku berdialog dengan Iblis

: Inilah Adalah Kisah Benar : Tidak akan diceritakan sepenuhnya

Cerita ini telah diubah pada struktur ayat kerna memudahkan
pembaca memahami dan mengetahui kejadian sebenar.

Malam Semalam, 31/12/08, selepas sahaja aku menunaikan fardhu solat maghrib di
Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes. Aku berjalan keseorangan,
aku ternampak sekumpulan iblis sedang duduk di pintu hadapan Masjid
yang sedang bergembira dan gelak ketewa bersama syaitan syaitan yang lain.
Aku pun mendekati iblis dan syaitan, dan bertanya kepada mereka,
'Mengapakah engkau iblis dan syaitan bersuka ria di dalam kawasan umat
islam dan mengganggu umat islam menunaikan ibadat kepada Allah
sedangkan engkau begitu gerun dengan ayat suci Al-Quran.


Iblis berkata : 'Wahai hamba Allah!
aku begitu berasa gembira pada malam ini kerna aku melihat
sahabat baik ku iaitu 'manusia', tidak lagi menghirau kan Allah dan
tidak sujud pada Pencipta mu pada malam ini. Mereka juga tidak pernah
menhayati apa itu makna 'Maal Hijrah'. Tetapi pada malam yang paling
bahagia buat diriku sebagai musuh Allah s.w.t dan musuh manusia yang
nyata kerna kesemua sahabat baik ku mengikuti ku. Sahabatku manusia
sedang berkumpul bersama dengan umpan ku iaitu wanita yang sering
menanggalkan pakaiannya dan membuka segala aurat dan menyerah kan
segala tubuh badan wanita kepada kaum adam, kerna itu lah yang aku
ingin lihat manusia pada malam ini untuk menyambut
'Ulang Tahun Baru 2009' kerna aku dapat melihat bahawa umat islam
telah mengabaikan agama dan mengikuti jejak langkah aku untuk tinggal
bersamaku buat selama-lamanya di dalam 'Neraka'.


Aku berkata : Jikalau itu yang engkau mahukan dan mengajak saudara
seislamku tinggal bersamamu di dalam 'Neraka Jahanam', apakah yang
engkau telah usahakan selama ini menjelang Ulang Tahun Baru yang akan
disambut oleh sahabat seagamaku pada malam ini nanti?


Iblis berkata : Jikalau engkau mengatakan bahawa aku begitu gerun dengan
ayat suci Al-Quran, Apakah buktinya? Sedangkan manusia seperti mu ini begitu
sombong dan tidak sujud kepada Tuhan mu bahkan manusia seperti mu ini mudah
terhasut hasutan oleh sekucuku iaitu syaitan. Manusia seperti mu ini juga
mudah terpedaya dengan apa yang ku katakan dengan menggunakan janji-janji manis
ku. Manusia seperti mu terlalu 'BODOH' kerna sering mengagung-agungkan
para artis pada malam yang bahagia buat diriku ini. Pada malam yang indah buat diriku
ini, aku tidak lagi takut pada ayat suci Al-Quran kerna pada malam ini mereka tidak
lagi beribadat dan tidak lagi melafazkan ayat suci Al-Quran bahkan mereka
sedang berkumpul di tempat dimana aku dan syaitan yang lain bersuka ria dan
mengajak mereka melakukan maksiat iaitu KLCC, The Curve, Bukit Bintang, Pavilian dan Stadium Merdeka
disitulah tempat ku mengajak manusia yang 'Bodoh lagi Jahil' pada malam Ulang Tahun Baru.
Aku juga menghasut para kaum hawa untuk menanggalkan dan membuka aurat untuk menggoda
para kaum adam untuk melakukan maksiat dan inilah yang ku mahukan selama ini
untuk menambahkan lagi ahli keluarga ku untuk tinggal bersama ku didalam Neraka
pabila berlakunya hari kebangkitan iaitu 'Hari Kiamat'.


Aku berkata : Wahai musuhku iblis dan syaitan! Adakah engkau tidak takut dengan azab
api neraka yang ditimpa kan oleh Allah s.w.t? Mengapa engkau memilih wanita sebagai
umpanmu untuk menguji para kaum adam?


Iblis berkata : Inilah salah satu bukti manusia seperti mu terlalu 'Bodoh lagi Jahil'
kerna bertanyakan soalan sebegini. Wahai manusia, engkau sudah tahu bahawa aku adalah
musuh Allah dan manusia, dan aku telah berjanji kepada Tuhanmu bahawa aku akan
berusaha untuk menyesatkan kesemua manusia. Sesungguhnya tempat kembali ku adalah
neraka, aku tidak langsung takut pada azab Allah. Sebenarnya soalan
'Adakah engkau tidak takut dengan azab api neraka'? Sepatutnya ditujukan kepada
mu wahai manusia yang bodoh kerna engkau sebagai anak cucu adam telah tahu bahawa
engkau ada harapan masuk ke dalam 'Syurga' iaitu tempat sebaiknya kembali.
Bahkan manusia seperti mu telah menjadi sebahagian dalam hidupku kerna
mereka lebih mengejar neraka berbanding syurga pabila singgah di dunia untuk
menambahkan lagi dosa-dosa. Aku juga memilih wanita sebagai umpanku kerna
kaum adam mudah tergoda dengan godaan wanita pabila wanita membuka segala
aurat yang ada di tubuh mereka dan menyerahkan tubuh mereka kepada kaum adam dan
melamar kaum untuk melakukan perzinaan secara berleluasa pada malam ini. Oleh itu,
engkau telah tahu bahawa Al-Quran dan Solat dapat menjauhi dan membimbing mu untuk
mendekatkan dirimu pada Allah s.w.t tetapi pada malam Ulang Tahun Baru ini umat islam
tidak lagi membaca Al-Quran dan menlaksanakan Solat, adakah manusian pada malam ini
membaca Al-Quran dan melaksanakan Solat yang telah diperintahkan oleh Allah s.w.t?


Aku berkata : Jikalau engkau mahukan kegembiraan dengan mengikuti hawa nafsu mu itu, mengapa
engkau menggangu umat islam di Masjid Cahaya Iman ini sedangkan mereka sedang bersujud kepada Allah s.w.t?


Iblis berkata : Aku terlalu gembira kerna jumlah dan kuantiti umat islam yang berada di
Masjid ini yang besar tetapi sedikit sahaja yang sujud kepada Tuhanmu, bahkan ahli keluargaku
yang baru, lebih ramai di sana berbanding di Masjid ini yang dikatakan tempat beribadat
sedangkan di Masjid ini telah sunyi dan tidak lagi kedengaran ayat suci Al-Quran.
Manusia 'bodoh' seperti mu ini terlalu mudah terpedaya dengan kemewahan dunia sedangkan
kemewahan ini adalah sementara. Jikalau aku mampu menasihati manusia seperti mu ini
melakukan maksiat, apatah lagi engkau sebagai saudara seagamamu dan mampu menasihati
manusia seperti mu ini menjauhi maksiat dan tidak melakukan nahi mungkar bahkan umat islam
di dunia ini sekadar menempah nama 'ISLAM' tetapi tidak mengamalkan cara hidup berlandaskan
Al-Quran dan Hadis. Jikalau aku mampu menyesatkan kesemua umat islam keluar dari agama mu ini,
apatah lagi engkau yang mampu berdoa dan mampu melawankan ku, adakah engkau tidak terfikir
sebegitu?


Aku berkata : Jikalau engkau mampu menyesat dan menghasut aku ke jalan yang engkau mahukan?
Aku sekali pun tidak gerun kerna Allah s.w.t sentiasa melindungi ku dan menjaga aku
daripada godaan mu wahai iblis dan syaitan. Sesungguhnya 'Islam itu adalah kekuatan bagiku'.
Dan aku mampu melawan dari hasutan mu itu.


Iblis berkata : Aku melakukan sebegini dan mengajak manusia melalukan kejahatan kerna aku tidak
suka akan umat islam melakukan kebaikan dan melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Tuhan mu, Allah.
Aku menjadi hodoh kerna Allah, berbanding dengan wajah manusia, malaikat dan bidadari yang sempurana berbanding
aku. Berjuta-juta tahun dahulu wajahku lebih chantik dan sempurna berbanding malaikat dan bidadari,
tetapi selepas aku bersumpah kepada Allah s.w.t yang aku akan menyesatkan manusia dan mengajak mereka
ke dalam neraka bersama dengan ku, Allah telah megubah struktur wajahku menjadi terlalu huduh
berbanding engkau, malaikat dan bidadari. Aku tidak pernah berputus asa dan tidak
akan menyerah kalah kerna misi yang ku janjikan kepada Allah adalah untuk menyesatkan manusia bahkan
telah terbukti bahawa ahli keluarga ku iaitu manusia yang 'Bodoh dan Jahil', lebih ramai
berbanding umat islam pada zaman ini yang semakin hari semakin dengannya hari kebangkitan untuk
kita sama-sama bertemu Allah s.w.t.


Pengajaran : Sedangkan iblis dan syaitan mampu menumpaskan kita, inikan kita sentiasa dilindungi
oleh Allah tetapi tidak mengamalkan apa yang diajarkan dalam islam bahkan kita lebih hebat dari iblis
dan syaitan jikalau melakasakan apa yang diperintahkan.


Kejadian malang bagi Manusia yang meraikan : Berita Tengahari Jam 130petang 31/12/08 di TV3, seorang pembaca
berita menceritakan seorang wanita yang maut selepas meraikan Hari Ulang Tahun Baru 2009,
dimana bahagian kepala nya retak/pecah tidak dapat dikenal pasti. Pabila pihak
polis melakukan siasatan, polis mendapati bahawa wanita itu sebelum menimpa
kejadian pada malam hari ulang tahun baru, wanita itu pergi ke pusat hiburan, dimana
disana adalah tempat maksiat dan iblis dan syaitan berkumpul. Ini adalah akibat
dimana, manusia sering melakukan perkara yang mengikut hawa nafsu dan semakin
dekat mereka mengejar maksiat, semakin hampir mereka dengan ajal maut. Allah s.w.t sangat
memelihara hamba-NYA, dan sayang pada hamba-NYA tetapi terfikirkah sejenak, adakah kita
sayang pada Allah? Adakah kita memilahara kehidupan kita? Adakah kita memelihara 'Agama Islam'
iaitu 'Agama Allah'? Pada malam sambutan ulang tahun baru, Allah memberikan pengajaran kepada
kita semua, bahawa keseronakan hawa nafsu hanyalah sementara dan yang kekal hanyalah sewaktu
kita di hari kiamat. Dimana, disitu manusia akan dibangkitkan dan dipersoalkan 1001 soalan.
Sedangkan sehari didunia, bersamaan 1000tahun di akhirat. Adakah kita mampu menjawab soalan
yang dikemukakan nanti?


Pesanan buatmu yang bergelar Muslim : Sama-sama lah kita mengambil iktibar dan pengajaran
apa yang telah terjadi pada malam sambutan ulang tahun. Letaklah 'Iman' di hadapan,
dan letaklah 'Nafsu' di belakang kerna Allah berhak mengambil nyawa hamba-NYA pada
bila-bila masa. Dunia ini semakin hari, semakin tua bahkan semakin hampir kita dengan
'Hari Kiamat'.

Doaku buat semua :
Ya Allah, ampukanlah segala dosa hambu-MU
Ya Allah, peliharalah kami dari melakukan maksiat
Ya Allah, jauhilah kami dari segala yang mendatangkan kemungkaran-MU
Ya Allah, bimbinglah kami kejalan yang ENGKAU redhai
Ya Allah, kuatkanlah semangat kami untuk menempuh hari-MU
Ya Allah, kuatkanlah iman kami daripada mengikut kehendak hawa nafsu
Ya Allah, lindungilah kami daripada gangguan jin, syaitan dan iblis
Ya Allah, perkenankanlah doa kami

Ameen, Ya Robbal Alamin.

9 comments:

  1. assalamualaikum.
    ya sheikh!
    blog ente membuat ana sedey dan insaf.
    ente ni pandai buat blog la.
    tapi apa benarkah ente bercakap sama iblis?
    atau ente bercakap sama manusia bertopengkan iblis?
    ehehe

    ReplyDelete
  2. wassalam, ana citer bende btol la.sbb tue tls kat blog nie. biar korang n anta juga insaf. anta klo ader kat tmpt ana bru padan!

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum ya unta..
    maksud ana ya antuma2 sekelian..
    karya anta mmg besh,mendalam dn khusyuk dibaca..
    tpi..
    normal bgi kita suma..
    kalo bab belajar ilmu2 ,
    lbih2 ag ilmu agama yg membuatkan kita baca mlm2..
    mata kita lihat blog ini seperti ingin mengatakan..
    yg ini juga sebuah cerita 1001 mlm yg blh membuatkan kita ngantuk..
    mungkin kerna ada makhluk len yg menghalang kita
    seperti lakhnatul syayatin atau cuma permainan mata..
    per2 pun..
    rajin2 ar kemas kini blog keyh..


    slm ukhwah:
    Michan SkA RepubliC

    ReplyDelete
  4. benarkah ini blog zafran????atau sye t'slh org.;p

    -sha

    ReplyDelete
  5. insyaALLAH mudah mudahan kisah yg jd kat ana nie..
    korang wat la pengajaran n iktibar! :P

    ReplyDelete
  6. Wah dengar jugak nasihat aku buat blogspot eh?

    ReplyDelete
  7. itu sebagai teladan & pengajaran, wallahualam. :)

    ReplyDelete
  8. ameen! korang jgn tau bace, tp x reti nk wat!

    ReplyDelete